0

EDWARD SNOWDEN

WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memfailkan tuduhan mengintip ke atas jurutera perisikan Edward Snowden dan meminta Hong Kong untuk menahannya, lapor akhbar Washington Post pada Jumaat.

Dakwaan tersebut diserahkan kepada sebuah mahkamah persekutuan di negeri Virginia dan satu waran tangkap telah dikeluarkan.

Snowden dikenakan tuduhan mengintip, mencuri dan 'menukar harta milik kerajaan'.

Snowden, 29, dilaporkan melarikan diri ke Hawaii pada 20 Mei lalu sebelum bersembunyi di Hong Kong. Di sana, dia membocorkan rahsia mengenai program perisikan AS kepada media antarabangsa.

Pendedahan itu nyata memalukan pentadbiran Presiden AS, Barack Obama yang diminta untuk mempertahankan amalan agensi-agensi periksikan AS yang mengumpul data telefon dan internet dalam jumlah yang besar daripada pengguna di seluruh AS.

Kini, semua pihak tertumpu kepada Hong Kong dan Beijing sama ada mereka akan patuh kepada waran tersebut atau terus melindungi Snowden. - AFP

Post a Comment

 
Top