0

Ahli kumpulan Sistar yang bernama Hyorin telah membongkar pengakuan pelik tentang dirinya. Menerusi episod terbaru JTBC, wanita yang diberi jolokan sebagai Beyonce Korea ini telah membuatkan ahli kumpulan Shinhwa, Shin Hye Sung terbeliak mata dengan pengakuan panasnya itu.

"Ketika tidur, saya lebih suka berbogel tanpa mengenakan seurat benang pun," kata Hyorin tanpa segan dengan mengejutkan ramai pihak.

Untuk menghilangkan panik dari pengakuan tersebut, seorang lagi ahli Shinhwa iaitu Kim Dong Wan menyampuk dengan berjenaka.

"Sesuatu buruk akan terjadi kepada kamu kalau kamu tidur bogel. Apa yang terjadi kalau seekor anjing gigit kamu waktu itu?," soal Kim Dong Won.

Sementara itu, kumpulan Sistar merupakan kumpulan wanita pertama yang diundang dalam program tersebut. Dalam episod berkenaan, Sistar dan Shinhwa telah bergandingan untuk memeriahkan program itu. -murai.com.my-

Post a Comment

 
Top