0

Ketika ini kita masih lagi ternanti-nanti pengumuman siapakah yang bakal menggantikan Yuna selepas dimaklumkan pelantun Terukir di Bintang itu tidak dapat beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27), yang akan berlangsung pada 6 Januari (Ahad) ini. Yuna terpaksa menarik diri di saat akhir kerana sedang sibuk dengan rakaman album kedua beliau di Amerika Syarikat. Menyentuh tentang album baru, kali ini artwork penyanyi berusia 26 tahun ini diterbitkan bukan lagi dibawah Faber Label tetapi sebuah syarikat rakaman yang paling unggul dalam muzik jazz.

Yuna bakal menyertai Verve Music Group yang mana pemuzik juga penerbit tersohor Amerika Syarikat, David Foster bertindak sebagai pengerusi dan secara tidak langsung Yuna bakal bernaung dibawah syarikat rakaman pemenang Grammy itu.

Perkara ini telah pun disahkan sendiri oleh David Foster menerusi akaun Twitter rasmi beliau beberapa hari yang lalu.

Dalam masa yang sama, Yuna juga menulis di Twitter hari ini yang beliau sedang merakamkan sebuah lagu baru yang bakal menjadi runut bunyi untuk sebuah filem animasi.

- mD

Post a Comment

 
Top