0
 
Syafiq (kanan) bersama tunangnya, Aeisyah di majlis pertunangan mereka di Gombak, semalam. Foto dipetik dari Kosmo!.

Pengarah termuda Malaysia, Syafiq Yusof, selamat mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam. Tahniah! Difahamkan Syafiq yang juga anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Yusof Haslam, sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan gadis berusia 2 tahun itu.

Syafiq memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Pengarah filem S.A.M berkata, dia dan tunangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan mereka.

"Syukur kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Saya harap agar pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin.

"Insya Allah sama ada hujung tahun depan atau 2014 kami akan berkahwin," ujarnya kepada akhbar Kosmo!


- mD

Post a Comment

 
Top