0

Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, menafikan gosip liar mengatakan dirinya akan berkahwin pada hujung bulan ini. Tegas lelaki terbabit, khabar angin itu langsung tidak berasas, apatah lagi ketika itu dia sibuk dengan acara konsert menyambut tahun baru di Putrajaya.

Artis yang cukup dikenali menerusi lagu Rendang Tak Berbuah dan Mahligai Syahdu itu juga menegaskan, jika dirinya ingin berkahwin semula, pastinya berita baik seperti itu akan dihebah serta dikongsi bersama orang ramai.

“Siapa yang tidak mahu berkahwin? Apabila kita berkahwin, ada isteri melayan dan masak untuk kita. Tapi bagi lelaki berumur seperti saya ini, semestinya saya menginginkan bukan hanya isteri, tapi seorang teman hidup.

“Boleh dikatakan, saya sudah fobia untuk berkahwin lagi sebab saya tidak mahu ikatan itu habis begitu saja. Sekarang ini saya pentingkan anak saya saja, Adam. Dia pun tak kisah jika saya tidak berkahwin, jadi perkara itu tidak mendatangkan masalah buat kami,” beritahunya kepada Berita Harian.

Penyanyi ini menangkis sangkaan orang ramai dirinya akan kembali berkahwin dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin.

Berpisah pada Mac 2005, Hattan mengaku mereka masih rapat dan selalu keluar makan bersama. Begitupun, keakraban itu tidak bermakna mereka akan kembali bersama sebagai suami isteri.



- mD

Post a Comment

 
Top