0


Ketika Nia di sisinya, dia sikit pun tidak tahu menghargai wanita itu apatahlagi mahu menggangap Nia sebagai isteri. Sebaliknya cinta Fareth beralih kepada Amanda dan mereka berkahwin. Malangnya, selepas kedua belah kaki Fareth lumpuh akibat kemalangan, sejak itu, hidupnya mula murung memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak sempurna lagi. Lebih menyedihkan, kasih yang ditagih daripada Amanda rupa-rupanya palsu belaka. Amanda hanya mempergunakannya untuk mendapatkan tender yang menjadi milik syarikatnya.

Fareth mula menyesali semua kesilapannya terhadap Nia. Tan Sri Firdaus terpaksa meminta pertolongan daripada Nia untuk menjaga Fareth buat sementara waktu sehingga semangat Fareth pulih seperti sedia kala.

Keputusan Nia dibantah keras oleh Azura kerana bagi Azura, Nia hanya dipergunakan untuk kepentingan Fareth sedangkan selama dia menjadi isteri Fareth, tidak pernah sekali pun Nia menerima layanan baik daripada keluarga Fareth.

Bagaimanapun, Amrin yakin, niat Nia hanya ingin membantu Fareth dan dia akan tetap setia di sisi Nia untuk menyokong segala tindakan Nia.

Kepada para peminat Terlanjur Cinta, drama bersiri penuh konflik lakonan hebat, Siti Saleha (Nia), Aqasha (Fareth) Nazim Othman (Amrin), Marsha Milan (Amanda), Raja Ema, Ridzuan Hashim dan Zul Ariffin, hampir tiba di penghujung.

Layakkah Fareth untuk dicintai Nia atau mungkinkah Amrin yang dipilih Nia untuk menjadi pelindung diri dan anak yang bakal dilahirkannya? Segalanya akan terjawab dalam episod akhir Terlanjur Cinta pada 7 Januari (Isnin) ini, jam 8.30 malam hanya di TV9! -malaysiandigest-

Post a Comment

 
Top