0

Pelakon juga penyanyi, Melissa Saila, 40, mengecam tindakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berikutan kenyataan beliau yang mahu menggantung pelakon juga model kontroversi Zarina Anjoulie daripada melibatkan diri dalam industri seni tanah air. Menerusi laman sosial Twitternya sebentar tadi, anak seniwati seniwati Mariani yang juga anak anak suadara arwah seniwati Saloma itu menulis yang beliau tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas aktres itu.

Melissa berpendapat, sebagai pemimpin Zed sepatutnya cuba membantu atau menyelesaikan masalah serta memberi sokongan kepada ahli. Bukan dengan mudah menghukum hanya kerana beliau mempunyai kuasa.

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Zed berkata, demi menjaga nama baik artis lain, buat sementara ini Zarina akan digantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan. Namun, sekiranya mahkamah mendapati Zarina bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli. Malah Zarina tidak boleh aktif berlakon atau melakukan sebarang kerjaya seni.

Zarina Anjoulie baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila berhadapan dengan dakwaan memiliki dua biji pil eramin 5 bersama teman lelakinya dan telah ditahan pihak polis. Namun disebabkan kegagalan keluarga pelakon Anak Pontianak itu untuk datang menjamin, Zarina terpaksa meringkuk di dalam penjara.


- malaysiandigest

Post a Comment

 
Top