Namun sikap keterbukaan Zul telah menimbulkan cakap-cakap belakang sesetengah pihak mengatakan tujuan utama aktor itu menjalin hubungan dengan wanita berkerkenaan kerana dia punya agenda tersendiri. Dalam erti kata lain, Zul mahu 'mengambil kesempatan' atas hubungan mereka itu dari segi supaya mudah baginya mendapat tawaran berlakon dalam mana-mana filem terbitan syarikat Gayatri, pada masa akan datang.
Gayatri Su-Lin Pillai.
"Orang akan bercakap apa saja. Sebelum ini pun, saya pernah hadap perkara sebegini sejak awal perhubungan saya yang lalu, satu masa dulu.
"Memang sebelum kami dedahkan perhubungan ni, kami sudah berbincang. Dia (Gayatri) pun okay. Saya tahu keputusan saya berterus terang tentang hubungan kami ini memang mengundang pelbagai persepsi. Tapi itu hanyalah persepsi orang. Saya tak kisah.
"Ya, sebelum ini saya hanya sekadar dengar nama, tidak pernah berjumpa dia (Gayatri). Sehinggalah saya jalani penggambaran filem Penanggal. Selama lebih kurang 50 hari di set, beberapa kali kami keluar minum bersama dengan kru produksi. Selepas Penanggal, saya jalani pula penggambaran filem Bikers Kental dan itu tiada kena mengena langsung dengan syarikat dia. Saya juga dapat satu lagi tawaran filem juga tiada kaitan dengan Tayangan Unggul", katanya Zul kepada malaysiandigest.com ketika ditemui di majlis sidang media drama Debunga Lalang di Sri Pentas TV3, semalam.
Zul juga menegaskan yang dia bukanlah jenis yang suka 'kejar perempuan', seperti mana yang didakwa. Menggambarkan dirinya seorang yang serius dalam menjalinkan hubungan, Zul menjelaskan rasa cinta antara mereka hadir dengan sendirinya. Bahkan sehingga kini mereka sesama sendiri masih tertanya-tanya sejak bilakah sebenarnya detik permulaan mereka membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan.
"Selepas selesai penggambaran filem Penanggal, kami masih berhubung dan kerap berbalas mesej. Tak ada siapa yang usyar siapa dulu. Saya rasa kami semakin rapat sejak April, dia pula kata sejak Mei. Kami sendiri tak pasti bila kami mula bercinta. Benda (cinta) ni jadi macam tu saja", ujar Zul yang turut memberitahu keluarganya menerima Gayatri dengan baik.
Sementara itu, menyentuh mengenai karier, mulai 2 Januari 2013 Zul bakal muncul menerusi drama bersiri yang mengisi slot Akasia TV3 berjudul Debunga Lalang. Selain berdebar menanti filem-filem lakonannya iaitu Penanggal dan Bikers Kental yang bakal ditayangkan sekitar tahun depan.
- mD
Post a Comment