1



Biarkan dulu cerita mengenai bintang Youtube ini dikatakan 'anak derhaka'. Selepas menjadi antara yang popular dalam carian Google sepanjang 2012 maka tidak mengejutkan apabila Najwa Latiff turut berjaya menguasai carta ‘tempat kelahiran’nya. Youtube semalam telah menyenaraikan video paling hangat sepanjang 2012 di seluruh temasuklah 10 teratas yang paling popular di Malaysia.

Tidak boleh disangkal, Gangnam Style oleh PSY merupakan video paling popular untuk tahun 2012 namun Najwa Latif dan Sleeq berjaya menjadi video tempatan paling popular.

Video muzik Untuk Dia yang ketika ini mempunyai 10.3 juta tontonan merupakan satu satunya video muzik tempatan yang berjaya memecah tontontan sebanyak lapan angka.

Sementara lagu Muara Hati dendangan Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip menduduki tangga kesembilan paling popular dengan 3.7 juta tontotan, setakat ini..

Beberapa video parodi untuk Gangnam Style juga menerima tempias populariti apabila turut tersenarai dalam carta - senarai penuh di Youtube Rewind 2012 untuk Malaysia.


sumber: Rotikaya.com, Amanz.my

Post a Comment

  1. Lagu Cintak Muka Buku Dah Mencecah 6 Juta , Tak Tersenarai Ker ?

    ReplyDelete

 
Top