"Kalau dilihat dari sisi negatif sudah pasti ianya akan ditafsir negatif. Tetapi pada saya dia sekadar mahu berkomunikasi dengan saya tetapi menggunakan medium tersebut (Instagram)," beritahu Rozita Che Wan kepada portal murai.com baru-baru ini.
Dalam pada itu Rozita yang difahamkan kini berada di Dubai kerana menjalani penggambaran turut berkata setelah apa yang berlaku, Zain dilihat serius namun status hubungan mereka masih belum jelas.
"Sepertimana yang semua umum dan peminat tahu hubungan kami berdua memang sangat rapat. Itu sahaja yang boleh saya nyatakan. Tetapi saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenainya,"jawabnya ringkas.
Pada Jumaat lalu Zain telah memuat luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram dan mengakui ianya adalah bersifat peribadi.
Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.
- mD
Post a Comment