0

tumblr_l2vztz4OFB1qbvp10

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa kali mengelak, akhirnya pelakon Fouziah Gous akur untuk melakukan adegan seksi dan penuh menggoda di dalam filem Sunti @ Facebook yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran pada minggu lalu.

Fouziah Gous memberitahu aksi berendam di dalam tab mandi bersama pelakon Anas Mentor itu sangat sukar untuk dilakukan, malah dia akui ianya merupakan aksi paling beraninya di dalam lakonan setakat ini. Disebabkan itu, orang pertama yang difikirkan ketika melakukan aksi tersebut adalah keluarganya.

“Ketika pertama kali saya diminta untuk melakukan aksi ini, saya agak keberatan sebenarnya untuk menerimanya, namun saya cuba bersikap profesional dan kemudian saya dengan pengarah, James Lee sama-sama berbincang supaya apa yang dilakukan di dalam babak itu nanti akan dapat memenuhi kehendak masing-masing.

“Dalam adegan ini, saya dan Anas akan sama-sama berada di dalam tab mandi yang agak kecil itu. Saya akan berada di kaki Anas dan perlahan-lahan keluar daripada air. Dalam adegan ini penonton akan bayangkan saya tidak berbaju tetapi sebenarnya saya ada memakai ‘tube’.

“Banyak camera trick yang akan dimainkan oleh pengarah dan segalanya berjalan dengan lancar. Terus-terang saya tidak menggemari untuk melakukan aksi yang seksi dan menggoda seperti ini, tapi saat melakukannya di lokasi, saya bersyukur kerana tidak berhadapan dengan sebarang masalah.

“Yelah, orang tentu akan fikir buruk atau macam-macam bila melihat aksi saya itu nanti tetapi saya awal-awal lagi sudah memberitahu keluarga yang saya akan lakukan aksi ini. Jadi hanya keluarga sahaja tahu bagaimana keadaan sebenarnya saya ketika melakukan babak tersebut,” katanya kepada murai.cm.my yang ditemui ketika di lokasi penggambaran , baru-baru ini.


Selain Fouziah Gous, filem terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) itu turut dibintangi oleh Diddy Hirdy, Izzue Islam, Anas Mentor, Lufya Omar, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.

Bukan kali pertama membawakan watak seram, Fouziah berkata, sebagai watak hantu di dalam filem itu, dia cuba memberi kelainan daripada imej hantu yang pernah dibawakannya di dalam beberapa drama sebelum ini termasuklah Dendam Serakit.

“Sebelum ini, mungkin orang dah perasan yang saya selalu bawakan banyak watak hantu tetapi Sunti @ Facebookanya adalah filem pertama yang menampilkan saua dengan watak ini. Bagi memberi kelainan atau perbezaan daripada apa yang penonton biasa tengok, saya cuba ubah fizikal hantu atau watak Sunti dengan berbaju kebaya, bersanggul serta sentiasa kelihatan jelita.

“Lepas ini saya akan elak untuk membawakan filem seram kecuali jika saya sudah tertarik dengan jalan ceritanya,” jelasnya lagi.

Secara ringkas, watak Sunti yang dilakonkannya adalah mengenai seorang gadis yang telah dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan lelaki. Setelah meninggal dunia, Sunti membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang telah merogolnya itu dan menariknya dia cuba menggoda serta membuat janjitemu dengan mereka melalui laman sosial Facebook. -Murai.com.my

Post a Comment

 
Top