Gajet yang diberi nama Mojio ini membenarkan pemandu diluar sana memantau kereta mereka dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Untuk menyambungkan gajet ini pada kereta, anda hanya perlu memasangkannya pada lubang On-Board Diagnostik OBD-II ( terdapat pada semua kereta komersial sejak tahun 1995 ). Ianya akan mengambil segala data mengenai kereta anda dan seterusnya memuat naik ke internet melalui rangkaian selular yang terbina padanya.
Antara fungsi gajet ini ialah memberi maklumat mengenai kedudukan kereta, memberi amaran jika kereta anda ditunda, dan juga memberi maklumat mengenai kondisi keseluruhan kereta anda.
Memandangkan ia perlu disambungkan ke internet, ia memerlukan kad sim dan buat masa kini perkhidmatannya hanya ditawarkan di Amerika Syarikat di bawah kelolaan syarikat T-Mobile. Peranti ini masih dalam peringkat pembuatan dan sedang mengumpul dana di laman Indiegogo pada harga $89 ( RM270+ ).
credit to gajet.my
Post a Comment