0

BERRY menunjukkan tubuhnya yang hamil pada acara Industri Hiburan Larian Yayasan Revlon Untuk Wanita Kali Ke-20 di Los Angeles kelmarin. - AP

LOS ANGELES - Aktres Hollywood terkenal, Halle Berry menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan bentuk tubuhnya yang sedang hamil, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Berry dilihat memegang bahagian perut semasa dia muncul dalam acara Industri Hiburan Larian Yayasan Revlon Untuk Wanita Kali Ke-20.

Acara itu berlangsung di Memorial Coliseum, Taman Exposition di sini kelmarin.

Bahagian perut Berry yang semakin membesar dapat dilihat dengan jelas apabila kedua-dua tangannya diletakkan di atas perut.

Berry, 46, mengumumkan kehamilannya pada April lalu.

Ia merupakan anak pertama hasil hubungannya dengan tunangnya, aktor Perancis, Olivier Martinez yang berusia 47 tahun. - Agensi

Post a Comment

 
Top