Awal November 2012 lalu, pelakon Serina Redzuawan ada memuat naik sekeping gambar di laman Facebook dan Twitter beliau mengenai seorang lelaki yang berjaya kuruskan badan.
Berserta gambar tersebut, Serina Redzuawan menulis ayat-ayat yang seakan mendakwa lelaki tersebut berjaya kurus dengan bantuan satu produk kesihatan yang dijual oleh beliau.
Tapi yang mengejutkan, tuan empunya gambar telah meninggalkan komen bahawa tidak mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina Redzuawan.
Isu ini yang di timbulkan oleh seorang peminat di forum Cari ini turut berkata ini bukan kali pertama Serina Redzuawan terlibat dengan ‘penipuan halus’ dalam melariskan produk.
- mD
Post a Comment