0


KUALA LUMPUR – Kira-kira 500 warga Myanmar berenang hampir 500 meter untuk memasuki perairan Malaysia secara haram selepas perjalanan selama 15 hari menaiki bot, dan menyebabkan seorang maut.

Polis berkata, pihaknya kini menemui 482 orang pelarian, termasuk kapten kapal, sejak Ahad lalu dan dipercayai segelintir masih bersembunyi di barat laut Pulau Langkawi.
Mereka dipercayai kumpulan terbesar Muslim Rohingya yang sampai ke Malaysia pada 2012 selepas melarikan diri dari keganasan puak di negara terbabit.

Polis berkata, pelarian itu dikenakan bayaran $300 seorang kepada ejen di Rakhine untuk perjalanan ke Malaysia.

Akhbar The Star melaporkan, seoran lelaki terbunuh selepas terkena kipas bot apabila beliau terjun ke dalam laut. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan ISlam di Langkawi, semalam. – AFP

Post a Comment

 
Top