0
PARA pelajar Kolej Tunku Kurshiah yang mendapat keputusan 8A di Seremban semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin berkata, ini menunjukkan penurunan 0.85 peratus berbanding pencapaian tahun lepas yang merekodkan seramai 34,271 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

"Bagaimanapun, jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lepas kepada 241 orang (0.05 peratus) tahun ini," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2012 di Putrajaya semalam.

Amin berkata, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan prestasi, manakala sepuluh yang lain menunjukkan penurunan prestasi. -kosmo-

Post a Comment

 
Top