Dek kerana pakaiannya yang agak tidak bersesuaian dalam sebuah program hiburan di China baru-baru ini, penyanyi antarabangsa Shila Amzah telah dikritik. Bertemu beliau di sidang media Konsert Cinta Shila Amzah telah merungkai apa yang telah terjadi di sebalik isu ini.
“Sebenarnya itu sahaja pakaian yang disediakan oleh pihak penganjur program. Jadi tidak ada pilihan untuk dibuat dan terdapat warna yang seakan sama sahaja. Saya terpaksa pakai pakaian itu tetapi masih lagi menyesuaikan dengan keadaan saya yang berhijab ini”
Bapa Shila Amzah, ND Lala yang turut ditemui media ketika majlis itu turut berkata yang beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah terjadi selain menyifatkan ianya satu kesilapan jujur (honest mistake).
“Saya bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku terhadap Shila mengenai pemakaiannya di sebuah program di China pada ketika itu, dan apa yang dijelaskan pada hari ini apabila pihak penganjur yang sudah menyediakan pakaian yang telah sedia ada”
“Saya ingin jelaskan di sini juga agak tidak adil apabila dilabelkan Shila sebagai ikon muslimah kerana dia adalah ikon penyanyi. Tetapi sebagai bapa saya berharap dia dapat memperbaiki lagi untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Shila Amzah bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 13 September 2014, dan sebelum itu dia bakal mengadakan dahulu konsert sulungnya di Shanghai China dan akan pulang ke Malaysia untuk konsertnya pada bulan September ini.
Konsert yang bakal diadakan di Mega Star Arena yang boleh memuatkan seramai 2500 penonton akan bermula jam 8.00 malam dan akan mengambil masa 1 jam 30 minit. Bertemakan cinta Shila Amzah bakal menyampaikan 20 lagu-lagu cinta tetmasuklah dalam bahasa mandarin, melayu dan inggeris. Harga-harga tiket adalah seperti berikut RM268, RM138 dan RM 88. (rtky/hfz)
sumber asal rotikaya
Post a Comment