0


PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa nahas pesawat yang ditemui selamat berhampiran 
kawasan Empangan Batu, Ulu Yam semalam.

HULU SELANGOR - Bunyi dentuman kuat akibat pesawat Cessna 172 terhempas di kawasan berhutan kira-kira tiga kilometer dari kawasan Empangan Batu di Ulu Yam dekat sini kelmarin dapat didengar oleh penduduk yang mendiami sekitar kawasan empangan tersebut.

Seorang saksi, Darmawan Kamarulzaman, 33, berkata, semasa dia berada di kebun sayur pada kira-kira pukul 5 petang, dia terkejut mendengar bunyi kuat objek besar terhempas.

Lokasi saksi mendengar bunyi dentuman kuat dengan pesawat terhempas kira-kira empat kilometer.

"Saya rasa curiga dengan bunyi itu sebelum terus meninggalkan kebun lalu meminta bantuan seorang rakan membuat panggilan kecemasan kepada polis," katanya ketika ditemui di sini semalam. -kosmo-

Post a Comment

 
Top