20,647 sushi disusun untuk hasilkan nombor sepuluh
HONG KONG - Sebanyak 20,647 sushi pelbagai warna disusun bagi menghasilkan nombor sepuluh berjaya dibuat di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.
Sushi itu disusun oleh beberapa pekerja kedai menjual makanan Jepun itu dengan melibatkan ruang seluas 37.16 meter persegi.
Ia dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan kedai menjual sushi di pusat beli-belah tersebut.
Susunan itu turut mencipta rekod Guinness World Records bagi kategori bentuk sushi paling besar yang pernah dibuat.
Sushi merupakan makanan Jepun berupa nasi yang diletakkan lauk, terutamanya ikan mentah di bahagian atas atau di dalamnya.
Makanan Jepun itu kemudian dibungkus untuk diedarkan kepada orang ramai secara percuma. - Agensi
Post a Comment