0

Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, malam Selasa.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya pelakon Zain Saidin, 29.




Jom layan video majlis berinai Che Ta dan Zain Saidin;
 




Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.


 Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet.

Sementara itu, anak sulung kepada Rozita, Ammar Effendy, 17, gembira ibunya bakal menamatkan zaman jandanya dan berharap kebahagiaan tersebut kekal ke akhir hayat.

"Tiada apa yang lebih penting daripada melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati," katanya.



Pasangan itu akan dinikahkan pada malam Rabu di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib.






sumber asal : zamrispoon.blogspot.com

Post a Comment

 
Top