GAZARIAN memeriksa tangan kanan baharu Sileoni di Klinik Miribel dekat Lyon pada Rabu lalu.- AFP
LYON, Perancis - Seorang doktor, Aram Gazarian memeriksa dua tangan baharu milik seorang pekerja dari Itali, Stefano Sileoni di Klinik Miribel dekat sini pada Rabu lalu.
Gazarian merupakan pakar bedah untuk pemindahan tangan baharu kepada pesakit.
Sileoni yang berusia 41 tahun menerima kedua-dua tangan tersebut menerusi pembedahan yang dilakukan pada November tahun lalu.
Kedua-dua tangan tersebut telah didermakan penderma organ kepada pesakit yang memerlukannya.
Sileoni turut menjalani senaman tangan baharunya yang dibantu oleh beberapa kakitangan di klinik tersebut.
Sileoni sebelum ini kehilangan kedua-dua tangannya semasa dia mengendalikan sebuah mesin.
Lelaki tersebut merupakan pesakit keenam menerima pemindahan organ di Lyon.
Pemindahan tangan yang pertama telah dilakukan di Lyon pada tahun 1998. - AFP
Post a Comment