Jaden Smith Mahu Kebebasan Daripada Ibu Bapa
Jaden mahu hidup berdikari tanpa ibu bapanya.
PELAKON Jaden Smith berharap diberi kebebasan sebagai hadiah hari jadi daripada ibu bapanya iaitu Will Smith dan Jada Pinkett Smith.
Jaden yang bakal berusia 15 tahun pada Julai ini memberitahu mahu hidup berdikari dan tinggal bersendirian, lapor The Sun.
"Dia memberitahu saya dia mahu berdikari dan saya memahaminya tetapi untuk tinggal dirumah sendiri itu terlalu awal buat masa ini," jelas Will mengulas tentang kehendak anaknya itu.
Will dan Jaden muncul dalam filem terbaharu berjudul After Earth. -mstar-
Post a Comment